wakakaka... macam nak tergelak tergolek-golek jer bila baca tajuk entri kali ni. layak kah saya berhujah mengenai bab ini? wakakakakaka.. silakan ketawa lagi.
aiikk.. masih ketawa? bah.. sudah-sudah la tu..
errmm.. tetiba rasa nak menulis bab awek muda, sebabnya.. tahun ini saja, dah beberapa kali saya dengar orang cakap umur saya baru 18 tahun. adeh.. memang ada gak rasa tersindir, "dorang ni perli ke aper?" tapi.. bila tengok reaksi muka dorang yang betul-betul kekejutan, tak percaya umur saya dah masuk 27 tahun dan ada anak satu, terpaksa la saya menerima hakikat yang saya ni memang kelihatan muda dari usia sebenar. nak kata keturunan, tak leh gak sebab dorang kata, saya kelihatan lebih muda dari adik-adik saya. aikkk.. ini dah terlebih perli ni!! cis...
tapi, takpe.. untuk menyedapkan hati sendiri, saya memang mengamalkan petua awet muda. hohohohoho.. so, nak tau rahsia saya? sila lah amalkan perkara-perkara berikut:-
senyum - senyum lah selalu kerana senyuman itu adalah sedekah yang sangat FREE. senyum juga boleh menegangkan urat-urat saraf di muka anda agar kelihatan berseri selalu. bila terserempak ngan orang yang tak dikenali, kalau malu nak tegur, beri la senyuman ikhlas kat dorang. mana la tau senyuman anda itu mampu merubah corak hidup dorang pada hari itu kepada yang lebih baik.
fikir - kawal fikiran anda. always think about what you are thinking about, kerana dari fikiran la tercetusnya tindakan. selalu-selalu la berfikiran positif walaupun anda sedang mengalami masalah. anggap lah semua masalah itu adalah cabaran untuk anda ke level seterusnya. tanpa masalah, anda takkan ke mana-mana.
sabar - bersabar juga adalah separuh daripada iman. dengan bersabar, anda dapat mengawal aliran darah yang mengalir dalam badan anda supaya tak kena high blood atau penyakit-penyakit lain. memang tak dinafikan, semua orang ada perasaan marah, tapi sebelum anda marah, tarik nafas dulu sebanyak 10 kali. dalam situasi biasa, perasaan marah tadi lama-kelamaan akan hilang. lagipun, kalau anda marah kat orang lain, apa yang anda dapat?! anda sendiri gak yang sakit hati kan?
air - dapatkan bekalan air yang cukup untuk badan anda. mesti ada yang bagi alasan tak nak minum air banyak-banyak sebab malas nak gi toilet, tapi actually, air tu lah yang banyak membantu untuk mengeluarkan toksik yang terkumpul dalam badan kita.
maaf - jangan malu atau terlalu ego mengakui kesalahan anda. kita hanya manusia biasa dan membuat kesilapan itu adalah normal. tapi, jangan la plak buat kesilapan yang sama berulang-ulang kali. kalau dah buat salah tu, jangan la lupa nak meminta maaf. begitu jugak kalau orang buat salah kat kita, walaupun dorang tak minta maaf, tapi maafkan la mereka kerana mereka juga insan biasa cam kita. jangan la menyimpan dendam terhadap orang lain.
bertoleransi - bukan kita sorang je yang duduk atas dunia yang luas ni. belajar la bersikap terbuka dengan orang lain. jangan la setiap kali kita je yang nak menang dan orang lain semuanya salah. mana yang baik kita jadikan teladan, yang buruk jadikan pengajaran.
orite.. setakat ni jer la tips-tips awet muda yang saya amalkan. senang kan? tak perlu keluarkan wang ringgit walau sesen pun. tak perlu beli make-up yang berjenama, tak perlu beli produk-produk kecantikan yang mahal-mahal.the main point is kawal emosi anda, jangan terlalu ikutkan perasaan tension atau stress kat tempat kerja atau kat mana-mana sekali pun. always be happy.. if you can't, fake it until you make it!!
selamat mencuba..
p/s: awek @ awet muda? hohoho.. mana-mana jer la yang korang rasa bersesuaian ngan masa, tempat dan keadaan korang.
p/s: awek @ awet muda? hohoho.. mana-mana jer la yang korang rasa bersesuaian ngan masa, tempat dan keadaan korang.




0 comments:
Post a Comment
hi, friends. wanna say something about this topic? feel free to leave me a message.