ya.. saya tau, topik ini hangat diperkatakan dan ditulis dalam blog masing-masing. semua orang ada pengalaman yang berbeza mengenai banjir.
petang kemarin, seperti biasa saya adalah antara orang-orang yang lambat balik kerana menunggu my hubby datang menjemput. untuk pengetahuan, Atoz kami masih berada di workshop, hopefully dalam minggu depan boleh diambik. maknanya, kami masih meminjam keta Tiara mentua, yang dah berumur lebih 10 tahun.
tunggu punya tunggu, macam biasa gak my hubby akan called sekitar jam 5.30 - 6.00 pm menandakan dia dah sampai kat ofis saya. tapi kemarin panggilan itu sungguh menghampakan bila my hubby cakap keta Tiara sangkut kat Jalan Menggatal (ok, saya sangat tak pandai meng-explain pasal jalan, so tak perlu la saya explain dengan lebih detail di mana keta itu menyangkut yer..)
sangkut? sangkut macamana? rupanya enjin keta tu mati akibat dimasuki air banjir. time tu, nak gak membebel sket kat hubby, apesal lalu kat jalan banjir, keta tu bukannya hilux!! tapi, tak sampai hati la plak, sebab saya tau dia sedang tensen dan berseorangan di sana. saya pun takleh nak buat apa, terpaksa meneruskan penantian di dalam ofis sedangkan my hubby berbasahan di dalam banjir.
menurut my hubby, mujur ada 2 orang mekanik lalu kat tempat tu dan tolong my hubby tolak keta ke tempat yang tak banjir. kesian tengok keadaan my hubby, basah habis! huhu.. bulan ini sememangnya sangat mencabar untuk kami. apapun, ni lah namanya hidup kan.. kalau hari ni kita rasa susah, ingat-ingat la masa kita senang dulu. agar hati ini sentiasa rasa bersyukur dan tabah menghadapi apa jua cabaran.




0 comments:
Post a Comment
hi, friends. wanna say something about this topic? feel free to leave me a message.