Thank You for Visiting Us

LIFE is not a destination; it's a journey. It's not a series of goals; it's a series of steps, of events unfolding as you make your way. LIFE is not all about accomplishment; it's all about doing, participating, progressing, growing and learning.

 

Our Anniversary Years
Lilypie First Birthday tickers

Saturday, January 9, 2010

teringat zaman dolu2..

baru lepas habis baca blog kawan.. ceh, nak ber"kawan"2 kunun! ngehehe... tapi takde la baca sampai habis, tak larat rasenye, banyak sangat. baca yang best2 jer terutama bab2 pregnant. si kawan ni tengah pregnant rupenye, dah lama tertunggu2 kabar gembira ni dari dia, so congratulations ya kawan!! hehehe..

bila baca citer orang pasal pregnant, teringat plak kenangan masa saya pregnant dulu. tapi, honestly time tu memang betul2 tired, teringat jer pun bole menyebabkan penat semacam. biar pun penat, tapi macam best la plak, tak sangka skang perut dah kempis semula. hahaha.. time pregnant dlu, benda yang paling di rindui ialah tidur meniarap. yelah, perut dah memboyot, satu2nya style tidur yang paling selesa ialah tidur mengiring. itu pun tak de la selesa sangat, kekadang nak bernafas pun tersemput2. adeh... tengah2 malam dah tak leh lelap semula, sebab baby dalam perut bergerak aktif sangat.

ermmm.. the point is, time tu memang cepat jer masa berlalu. hari demi hari di lalui dengan kepenatan. dah la apartment kitorang ni tingkat 3, semua member cam tak caye jer saya bole panjat anak tangga tu hari2 dengan membawa bebanan perut yang berat. bole tu memang bole, tapi sampai rumah je, terus pengsan. rehat2 dalam sejam gitu, baru bole buat keje lain. hahaha.. siap buat tuition lak tu! bila fikir2 balik, tak sangka masih larat nak buat keje overtime. adedeh..

lepas bersalin, ni lagi la satu hal. untuk si kawan, sila baca dan ambik perhatian. hehe.. sebabnya saya time pregnant dulu tak pernah terfikir camne nak buat persiapan selepas bersalin. kalau bab2 alat kelengkapan selepas bersalin tu memang dah perfect dah. memang setiap malam dah berangan2 camne la keadaan di hari bersalin nanti. siap imagine kontraksi start pukul baper, baby kuar kul baper, sape yang akan datang melawat. hahaha.. macam citer dalam alam khayalan atau istilah yang lebih tepat lagi ialah.. visualization.

rupa2nye, bila perkara tu dah betul2 terjadi, baru la tersedar ada lagi benda yang saya lupa sediakan iaitu persediaan mental. two months of maternity leave, ingatkan bole la berehat & tidur puas2, rupa2nya pengembaraan panjang baru saja bermula.

2 hari selepas baby selamat dilahirkan, jaundis dia naik dan terus di tahan dalam wad. saya dan baby terpaksa la bermalam di hospital selama seminggu. bukan jaundis jer, gula pun kurang dalam darah dan disebabkan time pregnant dulu saya pernah kena urine infection, darah baby pun infected. sebab tu kena tahan seminggu. kesian baby, setiap hari, pagi dan petang, saya bawa dia ke makmal untuk ambik darah, tangan dan kaki penuh dengan bekas2 suntikan. bila dengar tangisan baby, airmata saya pun ikut mengalir gak, huhu.. bayangkan la, umur tak sampai seminggu pun lagi dah melalui tahap kesukaran macam tu.

lepas seminggu, Alhamdullilah kitorang dibenarkan keluar. baby pun dah mula menunjukkan perubahan positif. kitorang terus balik rumah mentua kat Beaufort. mujur jugak la ada orang yang bole bantu time berpantang kat sana. tak dapat bantu banyak, skit pun takpe la, sebabnya mentua saya tu pun tak berapa sehat. paling2 pun, dia cuma dapat sediakan makan minum saya jer. memandangkan daniel cucu pertama, banyak hal2 baby yang dia dah lupa. saya seorang jer la yang melayan karenah baby, nasib baik takde la teruk sangat. cuma nak kena sabar, sebab baby saya ni kuat menyusu. nak susu badan plak tu, bagi susu formula tak nak langsung. sekejap sekejap nak menyusu, memang tak sempat nak buat apa, siang & malam.

bayangkan la, 2 bulan duduk atas cushion, dengan baby yang asyik nak "menyangkut". hahaha.. kadang2 terdetik di hati, bila agaknya saya ada masa untuk diri saya sendiri? I think, this is normal, it is called temporary stress. dan saya rasa, sebab tu lah, dalam masa seminggu lebih jer, berat badan saya dah kembali ke angka asal.

Alhamdulillah, selepas melalui semua cabaran tu, esok umur baby genap 4 bulan. tak sedar, dah 4 bulan saya bergelar umi. bersyukur sangat2 sebab dikurniakan anak pembawa rezeki dan tidak pernah menyusahkan umi dah abahnya. sekarang ni pun, setiap malam saya masih terjaga nak tengok keadaan dia. maklum la dia dah mulai tidur nyenyak, sepanjang malam at least 3 kali jer dia merengek nak minta susu, tapi saya plak yang masih terbawa-bawa dengan patern lama. baby plak dah lebih kurang seminggu tak cari susu badan, so masa ni la masa yang paling sesuai untuk "mendera" abahnya. nak tak nak, terpaksa abah dia yang bangun untuk buatkan susu bila baby menangis tengah malam. hehehe..

orang kata, baby boy memang susah skit nak jaga berbanding baby girl. betul ker? ntah.. tak tau la plak sebab tak pernah ade baby girl. tapi, ramai orang cakap macam tu, terutama orang2 yang dah berpengalaman. sebabnya baby boy kuat menyusu, baby girl tak kuat menyusu, tapi suka tidur. maybe sebab tu lah, anak lelaki, biarpun dah kawen, syurga tetap terletak di bawah kaki ibu. anak pompuan plak, kalau dah kawen, syurga terletak di kaki suami. ermmm.. logik tak?

as a conclusion, sebenarnya having a baby, cabarannya bukan setakat di situ. dalam masa yang sama, relationship antara suami dan isteri pun nak kena maintain. kalau tak bersedia dari awal, bole menyebabkan perceraian, nauzubillah.. suami kena la faham keadaan isteri, sebab masa tu isteri dah tak mampu melayan karenah suami macam dolu2. suami isteri yang saling memahami akan sedar bahawa mulai dari saat itu, segala2nya adalah untuk baby yang di sayangi.

ok la, setakat di sini saja untuk kali ni. pasni nak kena kemaskan rumah, sebab lusa maid dah start tinggal dalam rumah ni. nak kena kosongkan bilik sebelah tu untuk dia jugak. to be continued yer..

1 comments:

Syahada Ahmad said...

'kawan' seronok baca post ni. i learn sumthing fr it. Skang ni pun, baru 4 1/2 bulan, sha dah sakit2 nk tido telentang, kat pinggang jadi ngilu, kadang2 kaki terketar2. cam x cukup kalsium je. hehehehe...
Thanks laura, info yang membantu. ;-)

Post a Comment

hi, friends. wanna say something about this topic? feel free to leave me a message.

 
Copyright © 2010 make a LIFE.. not just a living | Design : Noyod.Com