Thank You for Visiting Us

LIFE is not a destination; it's a journey. It's not a series of goals; it's a series of steps, of events unfolding as you make your way. LIFE is not all about accomplishment; it's all about doing, participating, progressing, growing and learning.

 

Our Anniversary Years
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 20, 2010

sayonara, gigi ku..

setelah 9 hari menunggu dengan penuh debaran dan kesengsaraan... aisehmen!! hari ni tiba lah hari untuk meng-update gigi. hahaha.. lama giler tak jumpe dentist. rasanya kali terakhir masa zaman sekolah rendah dulu so, korang bole bayangkan betapa gementarnya rasa di hati.

nak pilih dentist yang terbaik pun bukannya semudah mana. memula nak kena fikir, klinik kerajaan ke... swasta? tapi, di sebabkan terpengaruh ngan suggestions dari 3 orang ofismate, saya pun buat appointment ngan FTS Chin Clinic.

sampai sana seawal pukul 8.30 am, padahal appointment kul 9.00 am. lepas registration, sempat breakfast kuew teow goreng. pagi2 tu rupanya saya adalah patient pertama. syukur.. harap2 mood doctor pun masih fresh.

dalam hati, tak putus2 buat affirmation untuk diri sendiri. "alah.. setakat cabut gigi, takde lah sesakit nak bersalin". tapi, bila dengar nama saya di panggil, alamak takutnye.. nasib baik Dr. Chin tu ada bakat memujuk. setiap step yang dia nak buat, dia akan bagi penerangan dulu. sebelum cabut, nak kena sapu dengan cream kat bahagian gusi, lepas tu baru la suntik dengan ubat bius. lepas tu.. aikk.. kemana dah menghilangnya doctor tu?!

adeh.. rupanya dia buat servis menampal gigi plak kat bilik sebelah. assistant dia suruh tunggu kejap, maybe nak bagi masa ubat bius tu betul2 meresap kut. tak lama kemudian, dia suruh goyang2kan gigi yang sakit tu, nak pastikan rasa sakit dah hilang atau belum. memang lah dah hilang, sebab dah letak ubat bius. dia suruh goyang kuat lagi. adeh.. dah tak larat dah ni. nak kena goyang sampai patah ker? memang tak rasa apa2 pun..

ntah la, maybe nak dekat 30 minit gak menunggu baru lah servis menampal gigi kat bilik sebelah tu selesai. ceh, tak aci betul! saya yang sampai dulu, orang tu plak yang siap dulu. takpe2.. relax2.. dorang lebih tau apa yang patut dorang buat.

bila doctor masuk, dia suruh lagi saya goyang2kan gigi tu. alahai.. memang tak sakit la, doctor! walaupun tak sakit, doctor masih nak tambah lagi suntikan ubat bius. ermmm.. lantak engko la, doctor! memang dah tak rasa apa2 pun. lepas suntik, kumur2 dengan air paip. aiii..apsal bibir rasa semacam jer ni? doctor tanya, "bibir dah terasa senget ke?"

hahaha.. memang dah terasa macam kena down-syndrom dah ni, rasa bibir senget semacam jer. doctor kata, "takpe2.. sementara jer tu. skang, kita nak cabut yer.. lembutkan badan, kamu akan rasa tekanan sedikit jer.."

orite! ini lah masa yang di tunggu2. pejam mata sekejap.. tarik nafas dalam2. "okey, dah!" kata doctor. pastu letak kapas dan assistant dia luruskan tempat duduk saya. aikk... dah ker? tak sempat tarik nafas panjang pun tadi. sekejap giler la.. tak terasa ape pun, rupanya gigi saya yang rosak tu dah tersadai tak bermaya kat atas tray aluminium. doctor tanya lagi, "nak tapau ke gigi tu?" hahahaha...

so, ini lah gigi yang telah di tapau, di bersihkan dan di gambar sebagai kenang2an. gigi ni dah banyak berjasa tau, malangnya hari ni tamat lah servis dia sebagai gigi pengunyah. eeeeiii.. gelinya! selamat tinggal, gigi geraham ku..



hari ni review keempat si baby daniel. macam biasa, setiap kali review, nak kena timbang and ukur badan dia. so, today's results are 6.7kg and 61cm. hahaha.. nasib baik tak over-weight, kalau more than 7 kg dah kira obesiti tu. baby kuat menyusu, mana tak naik berat badan dia.

0 comments:

Post a Comment

hi, friends. wanna say something about this topic? feel free to leave me a message.

 
Copyright © 2010 make a LIFE.. not just a living | Design : Noyod.Com