banyaknya kerja nak kena setel dalam bulan ni, tapi hari ni betul-betul takde mood nak buat kerja, seriously!! tapi, bila tengok orang lain buat kerja, rasa nervous la plak. huhu... memang tak suka perasaan malas camni, apa kena ngan saya ni eh??
kak rina cakap, itu la mood hari Jumaat. hohoho.. sebelum-sebelum ni, pernah gak rasa camni tapi bukannya hari Jumaat. ngehehehe..
errmm.. maybe sebab dalam fikiran ni dah fikir benda lain kut...
malam ni nak kena balik kampung (Tamparuli), sebab esok cousin kat kampung nak kawen. hadiah dah beli tapi tak wrapped lagi. malam ni plak terpaksa menumpang keta abang dari Ranau, sebab keta pinjam kami tu dah berumur, rasanya memang dah tak larat naik bukit. huhu.. yang pasti, benda ni lah yang sedang bermain-main di fikiran saya.
also.. dalam kotak fikiran ni jugak sedang tertanya-tanya. bila kah berat badan akan kembali ke angka normal? honestly, ramai orang cakap, badan saya dah naik dan saya pun tidak menafikannya. kalau tanya pasal angka sebenar, memang tak tau la, sebab belum pernah naik mesin penimbang sejak 6 bulan lepas. skang ni tengah fikir macamana nak turunkan berat badan sebelum hari raya tahun ni.
kalau setiap pagi breakfast mihun goreng + ayam goreng + teh tarik ping..
kalau tak pernah skip makan nasi untuk lunch..
kalau lepas dinner terus tidur, bila daniel dah mulai merengek-rengek nak ajak tidur..
boleh slim ke macam ni??
anda lihat la sendiri transformasi diri saya.. jeng jeng jeng..
sebelum kawen - saya yang memakai baju color merah tu
selepas bersalin - saya yang memakai baju color coklat
sekarang - pipi tembam, setembam daniel
sekarang - errrr.. dah ade perut, untuk letak punggung daniel
hohoho.. memang masih berada pada tahap yang boleh diselamatkan lagi, cuma nak kena kuatkan disiplin. tapi, boleh ke aaa??
daniel plak skang ni dah tak baper suka duduk atas baby walker. dia nak bebas merayap atas lantai, panjat badan umi dan abahnya. so, alamatnya umi or abah mesti nak kena selalu dekat dia, supaya dia tak accidentally jatuh ke lantai or terhantuk kat dinding.
gigi pun dah tumbuh, tu pun my FIL yang perasan. gigi atas sebelah kanan plak tu. ada orang cakap, kalau gigi depan tumbuh dulu, means adik seterusnya lelaki, kalau gigi bawah tumbuh dulu, adik seterusnya perempuan. aaahhh.. mengarut la!! kalau dah ada bukti yang sahih, mungkin boleh la percaya, kan?
kadang-kadang bila tengok daniel main sorang-sorang, rasa kesian plak. rasa nak jer bagi dia adik cepat-cepat. hohohoh.. ni lagi la mengarut!!
p/s: terima kasih kerana membaca blog orang yang tengah mengarut kerana takde mood nak buat kerja. hehe..







0 comments:
Post a Comment
hi, friends. wanna say something about this topic? feel free to leave me a message.