waaa.. rasa lama giler tak update blog. maklum lah, cuti sakan, blog pun terabai camtu jer. so, how's your holiday? kalau yang masih tak update blog sampai ke hari ni, I assumed she must be overwhelmed with her works even during holiday.. ada lak yang gi jenjalan ngan family kan? contoh, Mesilau Kundasang. hehe.. or.. maybe ada yang masih bercuti sakan skang ni, sebab tu tak berkesempatan nak berceloteh panjang dalam blog. ermm.. ade yang spent time tengok drama korea?!
actually, memang tak tau nak bubuh tajuk apa untuk entri kali ni. tetiba plak, me as a menantu? boleh la tu, sebab cuti baru2 ni lepak kat umah mentua, so memang nak citer pasal mentua la sket2.
daniel with his grandpa and grandma a.k.a my mentua
pictures not taken in their own house, this is the house of my hubby's aunt
ok la, to be honest, I would say that I'm not a perfect punya kind of menantu. hahaha.. malah tak kesah pun kalau ada orang kata saya ni menantu yang malas. actually, bukan malas, tapi sejak dari azali lagi, saya memang tak biasa buat kerja kat umah orang tanpa arahan daripada tuan umah. kalau umah sendiri tu lain citer la, memang tak cukup tangan.
bayangkan lah, dari semenjak saya couple ngan my hubby, saya tak pernah pun datang melepak lama2 kat umah my mentua. kalau ada pun, setakat datang beraya or atas urusan penting yang terlalu singkat. after kawen, memang jarang sangat balik kampung sebab Saturday is a workday, so alang2 plak nak balik kalau bukan ada hal penting, kan? then, lepas daniel lahir, baru lah rajin sket balik kampung, malah berpantang pun kat sana. so, sejak dari tu lah, saya mulai mengenali my mentua dengan lebih rapat lagi.
daniel spent time with abah, concentrate nyer tengok tv
ooo... umi.. candid aaaa... kedapatan suda!! hehe
mentua saya ni sebenarnya ok jer, cerewet pun sket2 jer. maybe sebab daniel is their first grandson and also first cicit for their parents, dorang sayang sangat kat daniel, sebab tu lah terpaksa merajinkan diri untuk balik. tapi kalau stay umah dorang pun, saya bukannya boleh buat apa2, nak buat2 rajin pun tak dapat sebab daniel ade. that's why I said, I don't care if people see me as a lazy menantu.. haha.. lagipun, mentua saya ni memang dah biasa buat kerja sendiri2, maklum lah anak2 dia semuanya lelaki kecuali si bongsu.
ada member pernah tanya, tak kesah ker kalau dapat anak semuanya baby boy? honestly, memang dah expect benda tu and I'm ready for that. tak kesah, yang penting semuanya sehat dan sempurna. ramai hero pun ok aper, kan?
so, during the holiday, kitorang celebrate kat Kuala Penyu. owh ya, untuk mereka2 yang tak tau, my hubby's family memang celebrate CNY every year, cos dorang ni mixed Chinese. the main highlight is BBQ. adeh.. penat gak la melayan karenah daniel kat umah orang, nasib baik ada bawa buaian elektrik dan umah tu pun dah ada penyangkut buaian, so dapat gak la baby daniel melelapkan matanya walaupun sekejap.
pemandangan kat luar rumah my hubby's grandma, Kuala Penyu
tepi pantai, memang best, tapi panas wei!!
daniel with his aunt, satu2nya anak pompuan dalam adik beradik my hubby
also bakal jadi isteri orang on this coming April
sampai ke hari ni, penat bercuti masih terasa. maybe sebab the last two days, memang dah start kerja pun, but me and hubby sibuk ke hulu ke hilir untuk setelkan borang2 yang perlu diisi sebagai pekerja baru UMS. nasib baik big bos masih bercuti so, ada chance kuar untuk dapatkan dokumen dan tandatangan2 yang penting. adeh.. leceh gak la nak jadi orang kerajaan kan, banyak dokumen nak kena sediakan, nak kena korek dari sejarah 7 keturunan. hahahaha.. just kidding!!
ok la, semua.. terima kasih kerana sudi membaca entri yang agak boring ini. hope you enjoy the pictures. nite2..









0 comments:
Post a Comment
hi, friends. wanna say something about this topic? feel free to leave me a message.